Food And Beverage

Masakan Asam Rom
                                                                                                                        
Asam Rom -Asam Rom adalah sejenis masakan penduduk area tembeling,ianya terkenal di sekitar Kuala Tahan ke Ulu Tembeling kerana keenakan dan rasa lemak masakan berkenaan yang diperbuat dari biji getah .Asam Rom juga boleh diperbuat dari buah perah iaitu sejenis buah yang pokoknya habitat tumbuh di sekitar tanah pamah dan hutan .Kebanyakan orang menyatakan Asam Rom enak dan sedap dihasilkan dari biji getah .
                Pada permulaan asasnya,biji getah terlebih dahulu dibuang kulit,kemudian dijemur ditengah panas kira-kira 5 jam .Apabila sudah dijemur,biji getah akan ditumbuk sehingga lumat lalu diramas sebati hingga keluar minyaknya .Minyak yang keluar dari biji getah itu adalah untuk mengekalkan biji getah disimpan untuk jangka masa panjang lalu ia menjadi asam rom .Kemudian selepas itu bolehlah asam rom disimpan didalam balang yang kedap udara supaya ianya lebih tahan lama .Asam Rom boleh disimpan selama 1 tahun .
                Memasak Lauk Asam Rom tidak memerlukan bahan yang banyak .Ianya hanya memerlukan sedikit kunyit,cili api,ubi kayu atau keledek,garam secukup rasa,bunga kantan dan daun kesim,sekiranya bunga kantan dan daun kesim tiada ianya tidak mengapa.Sekiranya kita menggunakna dua bahan tersebut masakan asam rom lebih aroma  baunya .
                Masakan lauk Asam Rom lebih sedap dan enak(mancas) jika ada ikan sungai seperti lampam,kerai,baung,patin,kenerak atau siput sungai .Biasanya ikan kenerak lebih signifikan dimasak asam rom .Jangan lupa cubalah masak masakan ini kerana kawan saya dari singapore terlalu gemar sampai ketagih dan menjilat pinggan betapa sedapnya Lauk ASAM ROM ....