Sunday 27 February 2011

Masakan Asam Rom

                                                                                                                                        
ASAM ROM- Asam Rom adalah sejenis masakan penduduk area lembah tembeling,ianya terkenal di sekitar Kuala Tahan ke Ulu Tembeling kerana keenakan dan rasa lemak masakan berkenaan yang diperbuat daripada biji getah .Asam Rom juga boleh diperbuat daripada buah perah,iaitu sejenis buah yang pokoknya habitat tumbuh di sekitar tanah pamah dan hutan .Kebanyakan orang menyatakan Asam Rom enak dan sedap dihasilkan dari biji getah .
                              Pada permulaan asasnya,biji getah terlebih dahulu perlu dibuang kulit kerasnya,kemudian dijemur ditengah panas bawah matahari kira-kira lima jam .Apabila sudah dijemur,biji getah akan ditumbuk sehingga lumat lalu diramas sebati sehingga keluar minyaknya .Minyak yang keluar dari biji getah itu adalah untuk mengekalkan biji getah disimpan untuk jangka masa lama lalu ia menjadi Asam Rom .Kemudian selepas itu bolehlah asam rom disimpan didalam balang yang kedap udara supaya ianya lebih tahan lama dan tidak berkulat .Asam Rom boleh disimpan selama satu tahun .                                     
                              Memasak lauk Asam Rom tidak memerlukan bahan yang banyak,ianya hanya perlukan sedikit air,sedikit kunyit,cili api,ubi kayu atau ubi keledek,garam secukup rasa,bunga kantan dan daun kesim, semua bahan-bahan tadi masukkan ke dalam belanga(pot) .Apabila ianya telah mendidih,masukkan ikan atau siput sungai .Sekiranya bunga kantan dan daun kesim tiada ianya tidak mengapa,kita menggunakan kedua-dua bahan tersebut dalam masakan asam rom kerana ianya lebih enak(mancas) dan aroma yang boleh mencairkan selera .   
                                                                               
                              Masakan lauk Asam Rom lebih sedap dan enak(mancas)jika ada ikan sungai seperti lampam,kerai,baung,patin,kenerak atau siput sungai .Biasanya ikan kenerak lebih signifikan dimasak asam rom kerana ikan itu rasa yang unik . Jangan lupa cubalah masakan ini kerana kawan saya dari Singapore terlalu gemar sampai ketagih dan hingga menjilat pinggan betapa sedapnya masakan lauk ASAM ROM resepi dari Lembah tembeling ini ...

No comments:

Post a Comment